Yusof Noor Bawa Banyak Pembaharuan Kepada Felda – Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR, 3 Jan – Kerajaan amat berterima kasih dan terhutang budi kepada bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang telah banyak membawa kecemerlangan kepada lembaga itu sehingga kini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata sepanjang Dr Mohd Yusof mengemudikan Felda selama sembilan tahun, Felda telah melalui pelbagai pembaharuan sehingga membawa lembaga itu ke peringkat global.
“Pihak kerajaan ingin merakamkan setinggi terima kasih kepada Dr Mohd Yusof yang selama ini telah membawa banyak pembaharuan, kita terhutang budi yang besar kepada beliau yang banyak membantu dan membina Felda selama ini, beliau telah melaksanakan dengan cemerlang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara penyerahan tugas pengerusi yang baru di antara Dr Mohd Yusof dengan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Balai Felda di sini hari ini.
Mohd Isa telah dilantik sebagai Pengerusi Felda berkuatkuasa 1 Januari, menggantikan Dr Mohd Yusof yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, berkuatkuasa 1 Januari juga.
Mengenai pelantikan Mohd Isa, Ahmad berkata kerajaan mempunyai keyakinan penuh terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dan percaya Mohd Isa akan terus membantu dan meneruskan kecemerlangan yang dilaksanakan oleh Dr Mohd Yusof sebelum ini.
“Kita penuh keyakinan kepada Mohd Isa, beliau banyak pengalaman antaranya 22 tahun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang ada 49 kawasan Felda, beliau cukup tahu kerana 22 tahun merupakan tempoh masa yang panjang dan beliau memahami tentang Felda dan peneroka,” katanya.
Sementara itu, Dr Mohd Yusof gembira kerana beliau telah menyerahkan tugas kepada seseorang yang berpengalaman dalam pentadbiran negeri dan kerajaan pusat.
“Penyerahan tugas ini merupakan satu penyerahan yang tidak menggusarkan saya dan perasaan perdana menteri berdasarkan pengalaman beliau selama ini,” katanya.Beliau juga yakin Mohd Isa mampu mengatasi segala tohmahan dan fitnah yang sering dilemparkan kepada Felda.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:46 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Yusof Noor Bawa Banyak Pembaharuan Kepada Felda – Ahmad Maslan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]