Jangan pandang remeh kemampuan pembangkang di Kerdau - Ahmad

PUTRAJAYA 18 Feb. - Jentera Barisan Nasional (BN) tidak akan memandang remeh kemampuan pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau yakin pembangkang akan memberi tentangan sengit kepada BN kerana kawasan tersebut merupakan salah satu kubu kuat mereka.
Katanya, di kawasan DUN Kerdau terdapat ramai pemimpin tempatan pembangkang yang dikatakan sebagai 'individu pilihan' untuk menjadi calon selain mahu menunjukkan 'kebangkitan' mereka selepas tewas dalam beberapa PRK sebelum ini.
"Bagaimanapun kita akan pastikan semua dakyah pembangkang di kawasan tersebut terbongkar dan kita akan mengerakkan jentera BN dalam masa terdekat untuk memenangi hari rakyat.
"Usaha itu penting bagi memastikan pemikiran pengundi di DUN Kerdau tidak dikaburi dengan janji ilusi pembangkang melalui ceramah atau saluran lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Ahmad, beliau yakin BN mmpu mengekalkan kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya yang akan diadakan nanti.
"Keyakinan tersebut berdasarkan pencapaian BN di kerusi tersebut pada pilihan raya umum lalu dan juga PRK yang diadakan di beberapa kawasan sebelum ini.
"Rata-rata penyokong pembangkang sebelum ini telah kembali menyokong BN," katanya.
Penyandang kerusi DUN Kerdau daripada BN, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 64, meninggal dunia Sabtu lalu selepas terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di rumahnya di Kerdau.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon Pas, Hassanuddin Salim dengan majoriti sebanyak 1,615 undi.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, BN akan memastikan semua peneroka dari tiga Felda di Kerdau iaitu Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 menyokong kerajaan.
"Jumlah pengundi berdaftar di DUN Kerdau setakat ini ialah seramai 9,000 orang dan daripada jumlah tersebut, 3,011 merupakan peneroka di tiga Felda tersebut.
"Untuk memastikan mereka menyokong kerajaan, kita akan memasuki Felda tersebut dan seterusnya melakukan kunjungan rumah ke rumah dengan mengadakan dialog kumpulan kecil, biar nampak mesra dan berkesan," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:47 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Jangan pandang remeh kemampuan pembangkang di Kerdau - Ahmad

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]