Pengundi Tolak Gaya Politik Ekstrim, Lebih Selesa Cara BN

LABIS , 30 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kejayaan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti yang bertambah membuktikan rakyat percaya dan selesa dengan BN dan menolak gaya politik esktrim pembangkang.

Menurutnya memandangkan BN mempunyai rekod kerja yang baik di kawasan itu, tidak mungkin pengundi akan berpaling tadah hanya kerana dakyah dan janji manis yang ditabur pembangkang.

“Budaya politik ekstrim cukup menakutkan pengundi di sini dan politik berjanji pembangkang sudah cukup difahami pengundi.

“Senang kata pengundi tak makan politik janji. Mereka mahu parti yang mempunyai hala tuju yang jelas dan yang boleh membela mereka”, katanya di sini, hari ini.

Malah beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata keyakinan rakyat terhadap program yang diperkenalkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) serta gagasan 1Malaysia turut menyumbang kepada kejayaan BN.

“Mereka melihat dan menilai apa yang telah dilakukan pakatan pembangkang sejak pilihanraya umum lalu terutama di negeri di bawah penguasan pembangkang yang huru hara”, ujarnya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:22 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pengundi Tolak Gaya Politik Ekstrim, Lebih Selesa Cara BN

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]