Pilihanraya kecil MERLIMAU

Saya telah pergi ke semua 7 peti undi dalam DUN Merlimau, adakan perjumpaan dan ceramah ringkas.. Pelancaran jentera Penerangan UMNO telah dibuat minggu lepas.. Menarik sekali kerana sambutan yang menggalakkan dan semangat yang tinggi untuk memenangi PRK ini dengan majoriti yang bertambah.. Pertanyaan saya kepada yang hadir dapat sambutan yang memuaskan.. Boleh BN menang cemerlang..? Boleh jawab mereka.. Boleh sokong siapa juga calon yang diputuskan pucuk pimpinan? Boleh kata mereka.. Setuju bahawa BN sahaja yang mampu membawa perubahan pembangunan di Merlimau? Setuju jawab mereka dengan penuh semangat.. Timbul rasa keyakinan, dengan izin Allah kita boleh menang dengan majoriti bertambah.. Hasil kemenangan PRK Galas, Batu Sapi dan Tenang masih segar dalam ingatan pengundi dan rakyat.. Usaha kerajaan dengan penuh tanggungjawab mengeluarkan pelajar Malaysia di Mesir, pengumuman tentang TERAJU, Unit Peneraju Agenda Bumiputera, harga komoditi getah dan sawit yang melambung tinggi, suasana ekonomi yang semakin rancak, Melaka sudah diumum negeri maju adalah antara isu positif yang menarik semua lapisan pengundi untuk menyokong BN.. Saya juga cadangkan agar UMNO/BN gunakan formula MATJENPECAL untuk menang PRK ini.. Matlamat, Jentera, Perpaduan & Calon.. matlamat menang dengan majoriti bertambah, jentera semua peringkat yang padu, perpaduan dlm Gagasan 1Malaysia yang jitu & calon terbaik yang akan diputuskan oleh pucuk pimpinan..

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:02 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Pilihanraya kecil MERLIMAU

  1. Salam dato, 4 ur information, kemungkinan besar kami akan menjemput dato ke MALAM PAHLAWAN GAYONG UiTM JOHOR pd 26 mac 2011...

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]