Sg. Ayer Baloi pusat pelancongan sukan sungai

Ahmad Maslan selepas merasmikan Pondok Rehat dan Persinggahan Nelayan di Sungai Ayer Baloi, Pontian, baru-baru ini.

PONTIAN 23 Feb. – Kawasan Sungai Ayer Baloi yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sini akan dibangunkan sebagai pusat pelancongan sukan serta rekreasi sungai dan laut yang pertama di daerah ini. Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, pembangunan pusat tersebut telah bermula dengan pembinaan kompleks pelbagai guna di jeti Sungai Ayer Baloi yang berharga RM200,000. Beliau berkata, peranan memaju dan menyediakan aktiviti di pusat tersebut akan diserahkan kepada Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP) yang dianggotai oleh nelayan tempatan Menurutnya, antara aktiviti yang dijalankan termasuk seperti memancing, sukan laut, menyusuri Sungai Ayer Baloi atau membawa pelawat menyelami kehidupan masyarakat nelayan. “Kita mahu menghidupkan suasana di jeti atau pengkalan nelayan yang boleh memberikan manfaat jangka panjang kepada nelayan serta menyediakan ruang kepada orang ramai menyertai aktiviti rekreasi. “Dari jeti Sungai Ayer Baloi, mereka juga boleh mengunjungi Pulau Pisang yang mengambil masa antara 30 minit hingga sejam, bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya selepas meninjau aktiviti menyauk kerang di pesisiran pantai Ayer Baloi, di sini, kelmarin. Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merasmikan Pondok Rehat dan Persinggahan Nelayan yang terletak di pesisiran pantai berkenaan. Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Nelayan (PNK) Kawasan Pontian, Pungot Selamat dan Pengerusi KPSP, Nordin Kancil. Ahmad berkata, aktiviti menyauk kerang mampu menarik minat pelancong ke datang ke kawasan berkenaan untuk melihat kecekapan nelayan melakukan kerja tersebut. “Sungai Ayer Baloi boleh menawarkan pelancongan berkonsepkan alam sekitar dengan adanya kawasan seperti hutan bakau, habitat unggas seperti burung bangau, helang dan sebagainya,” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:38 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Sg. Ayer Baloi pusat pelancongan sukan sungai

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]