Felda terima 18 saman peneroka

KUALA LUMPUR 14 Mac – Felda menerima 18 saman daripada peneroka sehingga Februari lalu dan daripada jumlah itu sebanyak 12 kes telah diputuskan oleh mahkamah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, hanya satu kes iaitu tuntutan peneroka Felda Kemahang di Tanah Merah, Kelantan yang tidak memihak kepada Felda.

“Tuntutan berkenaan adalah berkaitan penggredan jualan sawit di Felda Kemahang 3 berjumlah RM11.3 juta dan bayarannya sudah dilunaskan kepada peneroka terlibat.

“Keputusan kes itu tidak memihak kepada Felda disebabkan masalah teknikal iaitu pada hari perbicaraan peguam bela Felda tidak hadir,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Kamaruddin Jaafar (Pas-Tumpat) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kamaruddin mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan jumlah kes saman yang difailkan peneroka terhadap Felda dan keputusan mahkamah serta implikasi kewangannya kepada Felda.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, terdapat enam kes yang perbicaraan masih belum selesai iaitu dua kes mengenai tuntutan terhadap kadar perahan minyak dan dua kes mengenai tuntutan pulangan wang tabung tanam semula.

“Masing-masing satu kes pula mengenai tuntutan deklarasi proses tender dan permintaan harga di dalam tender bagi penebangan kayu getah peneroka dan tuntutan penyingkiran peneroka,” katanya.

Beliau berkata, anggaran nilai tuntutan bagi kesemua kes yang belum selesai perbicaraan ialah berjumlah RM90 juta.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:20 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Felda terima 18 saman peneroka

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]