Felda timbang bayar ses tanam semula di 28 rancangan

KUALA KRAU 27 Feb. - Pengurusan Felda memberi pertimbangan khas kepada 7,800 peneroka daripada 28 tanah rancangan Felda di seluruh negara bagi menyelesaikan masalah berkaitan bayaran balik ses iaitu tabung tanaman semula daripada getah kepada kelapa sawit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Felda memberi tiga pilihan kepada peneroka terbabit yang membabitkan wang bayaran tanam semula RM13,000 setiap peneroka.

Katanya, bagi pilihan pertama, peneroka boleh mengambil semua jumlah tersebut tetapi perlu membayar balik RM650 sebulan sehingga selesai hutang proses tanam semula ladang mereka.

"Pilihan kedua, peneroka menerima 50 peratus bayaran tersebut tetapi perlu membayar semula RM500 sebulan sehingga selesai hutang.

"Pilihan ketiga, adalah para peneroka hanya perlu membayar RM400 sebulan jika mereka tidak mengambil langsung wang tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan peneroka Jengka 25 dekat sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas isu bayaran ses yang dibangkitkan oleh para peneroka Felda yang terbabit dengan proses tanaman semula dan penukaran dari pokok getah kepada kelapa sawit.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Bayaran balik tanam semula dari getah kepada kelapa sawit menjadi isu apabila terdapat segelintir para peneroka yang tidak berpuas hati kerana beranggapan mereka sepatutnya mendapat semula wang tersebut.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:21 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Felda timbang bayar ses tanam semula di 28 rancangan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]