Selangor abai usaha YBK basmi kemiskinan


KUALA LUMPUR: Kerajaan PKR Selangor didakwa bersifat kejam kerana mengabaikan pelbagai usaha membasmi kemiskinan tegar yang dilakukan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di negeri itu. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata kerajaan negeri itu nyata gagal menyelami perasaan golongan miskin di negeri berkenaan yang mengharapkan pelbagai bantuan untuk membolehkan mereka menyara keluarga masing-masing.

“Mereka (kerajaan negeri) kejam terhadap golongan miskin. Mereka tidak faham apa-apa mungkin sebab berasal daripada keluarga berada. Mereka tidak faham erti kemiskinan.


“Malah, mereka juga tidak faham bahawa mengatasi masalah kemiskinan sebenarnya adalah suatu yang wajib seperti ditegaskan dalam al-Quran,” katanya selepas menyaksikan majlis memeterai perjanjian kefahaman antara YBK dengan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) di sini, semalam. Turut hadir Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom dan Presiden KIMMA, Datuk Syed Ibrahim Kader. Beliau berkata, kerajaan pembangkang di Selangor juga gagal mengotakan janji mereka untuk meningkatkan pembangunan insan di negeri itu terutama selepas enggan meluluskan pembinaan kampus YBK-Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sebelum ini. “Ini bukan soal meminta mereka dana atau tanah, tetapi nak dapat kelulusan saja pun mereka tidak bagi. Kita bercakap mengenai peluang pendidikan dan pembangunan insan untuk lebih 7,000 pelajar dari keluarga miskin. Sekarang mereka terlepas peluang kerana orang Melaka mendapat manfaatnya,” katanya. Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melakukan upacara pecah tanah pembinaan kampus YBK-UiTM di Kampung Seri Mendapat di Jasin, Melaka. Mengulas keputusan pilihan raya di Kerdau dan Merlimau minggu lalu, Ahmad Maslan berkata, kedua-dua kemenangan itu menyuntik keyakinan untuk menghadapi pilihan raya umum pada masa depan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 3:22 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Selangor abai usaha YBK basmi kemiskinan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]