Empat Faktor Kemenangan Besar Dua Pertiga BN Di Sarawak


KUALA LUMPUR, 18 April – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata kemenangan besar lebih dua pertiga Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu adalah disebabkan empat faktor. Empat faktor tersebut jelas beliau ialah rakyat Sarawak memilih dan percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kedua katanya ialah rakyat masih meletakkan kepercayaan terhadap Tan Sri Taib Mahmud untuk memimpin daripada Baru Bian yang diwar-warkan pembangkang sebagai Ketua Menteri sekiranya mereka menang. “Rakyat Sarawak khususnya pengundi juga turut menghantar mesej untuk memilih program transformasi BN berbanding laungan perubahan pakatan pembangkang. Dan faktor terakhir ialah rakyat memilih pembangunan dari janji-janji tak pasti pakatan pembangkang”, katanya kepada UMNO-Online di sini. Beliau yang melakukan kembara politik selama 10 hari dengan mengadakan pelbagai program di 25 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang berlainan dari Kuching hingga ke Bintulu seterusnya berkata kemenangan BN ini juga memberi isyarat kepada kerajaan pusat dan negeri untuk meneruskan pembangunan ke tahap yang lebih baik. “Hal-hal prasarana asas yang belum selesai hanya boleh dibereskan dengan peruntukan kerajaan. Rakyat mendambakan janji dan BN jangan persiakan mandat itu. “Ini penting kerana kerajaan BN dan wakil rakyatnya perlu sedar bahawa mereka akan disemak setiap lima tahun sekali. Janji kita pada mereka akan mereka ingat walaupun kita terlupa”, ujarnya. Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menambah kemenangan BN ini juga pasti memberikan motivasi kepada jentera BN selepas siri kemenangan BN bermula di Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau “Teruslah menjaga kebajikan dan kehidupan rakyat agar sentiasa diusahakan meningkat ke tahap yang lebih tinggi… kemenangan lebih dua pertiga juga menunjukkan tahap keyakinan rakyat yang tinggi kepada BN. “Tahniah kepada parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang berjaya 100 peratus di 35 kawasan yang mereka tandingi dan menang semua… PKR bertanding 49 cuma menang tiga dan ini merupakan prestasi yang amat buruk…PKR semakin ditinggalkan oleh rakyat”, katanya. Pada pilihanraya negeri Sarawak Sabtu lalu sebanyak 55 kerusi yang dimenangi BN daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, 35 kerusi dimenangi PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS) menang lapan kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik ProgresifSarawak (SPDP) masing- masing enam kerusi. DAP menang 12 kerusi, PKR tiga kerusi dan Bebas satu kerusi. -MediaUMNO

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:02 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Empat Faktor Kemenangan Besar Dua Pertiga BN Di Sarawak

  1. i support BN. and i trust our PM. but i don't trust Taib Mahmud. he needs to go. so, dear PM, please make sure that happens in mid-term as promised. and the next CM should be not an UMNO-puppet. we in Sarawak do not want UMNO meddling on our turf. they will divide us. we are 1-UNITED-SARAWAKIAN. we want the BN but not UMNO and Taib. leave sarawak to the sarawakian who wants nothing but the best for the people. the true multiracial people of sarawak.

    sekian terima kasih

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]