Masyarakat Cina Akan Kembali Perkukuh Sokongan Kepada BN

BUKIT MERTAJAM, 25 April – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata parti itu yakin masyarakat Cina di seluru negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dan terus mengukuhkan kedudukan sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Jelasnya walaupun sokongan daripada masyarakat Cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.

“Saya percaya orang Cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar.

“Justeru saya yakin dan positif terhadap orang Cina serta percaya mereka akan kembali menyokong BN kerana pandangan serta pemikiran mereka akan berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jamuan 1Malaysia anjuran UMNO Bahagian Batu Kawan di Juru di sini malam tadi.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa memberi kemudahan dan bantuan yang sama rata kepada semua kaum di negara ini

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:09 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

5 comments for Masyarakat Cina Akan Kembali Perkukuh Sokongan Kepada BN

  1. Boleh percaya ke mereka ni YB datuk?

  2. Utk YB...

    Aku nasihatkan sudah2lah nak amik ati org cina...depa ni dah xkemaruk nak undi BN...mereka akan tetap undi pakatan....buat apa pun walau dibagi langit sekalipun depa mmg tetap pangkah pakatan..
    Ini nak bagitau datok...tlg bagtau pemimpin2 UMNO dan BN lain tlg bukak mata dan jgn tutup hati...org cina tidak akan sesekali undi BN pada PRU akan dtg...
    depa mau kuasa...utk memerintah...depa dah kenyang makan duit dan harta ,apa yg depa perlu adalah kuasa.....

    Jgn sampai melayu merempat walaupun skrg dah ramai merempat,org politik tlg bukak mata,buat kajian,tgok dgn teliti...jgn sampai ada penyokong setia BN berpaling tadah sekali lagi....

    Buat datok....dan PM.....tlglah...berubah...jgn sampai kami yg tlg ubahkan....masa tu dipujuk mcm mana pun sekalipun kami tetap melawan...

    ingat datok.....ingat pesan saya...dah ramai yg sakit mata dan hati....tggu msa jea nak berapi....

    Hitch....

  3. Salam YB,

    Firasat saya yang PRU13 ini amat getir sekali kerana masyarakat CINA hari ini tak akan mengundi BN lagi.Percayalah dimana-mana saya berada di bahagian UTARA Malaysia, saya dapati masyarakat CINA sudah tidak sokong dengan kerajaan yang ada sekarang. Sikap berpura-pura,talam dua muka semua ada pada mereka kerana sudah jelas Melayu sudah berpecah. Apa yang mereka tunggu lagi di bumi ini.Selepas ekonomi di pegang dan kita tidak dapat sebaris dengan mereka dan ada orang kita yang boleh di beli, maka apa yang ditunggu KUASA akan menjelang tiba. Percayalah....

    Akhir kata pemimpin UMNO perlu berubah dan penyatuan umat Melayu dan Islam di negara ini perlu di segerakan sebelum nasi menjadi bubur.

    KAIZER

  4. Jangan haraplah Dato. Jangan jadi seperti yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat, ataupun jangan jadi seperti kera dihutan disusukan, anak dirumah kelaparan!

    pikir-pikirkan lah.

  5. dah ko zalim sape nak caye

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]