Pintu rundingan UMNO-Pas sentiasa terbuka
11:47 PM
Pintu rundingan UMNO-Pas sentiasa terbuka
KUALA TERENGGANU 22 April – UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk bersama-sama parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu jika Pas bersedia berbuat demikian demi perjuangan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pintu rundingan antara UMNO dengan Pas sentiasa terbuka, malah UMNO kini menunggu dengan tangan terbuka.
“Seperti mana kenyataan pucuk pimpinan parti (UMNO), pintu rundingan UMNO dengan Pas tak pernah ditutup. Apa saja yang berlaku diharap selesai sebaik sahaja kes video (video seks pemimpin pembangkang) selesai.
“Ia umpama terowong yang gelap, (tetapi) di hujung sana ada cahaya perpaduan, kita tunggu dengan gembira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Retreat UMNO Negeri Untuk DUN Kalah di sebuah hotel di sini hari ini.
Beliau mengulas reaksi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini mengenai kesediaan parti itu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam pembangkang jika hasil siasatan mengesahkan siapa pelakon sebenar dalam video seks membabitkan pemimpin pembangkang.
Ahmad menjelaskan, sekiranya terlaksana kelak (persepakatan UMNO-Pas), ia merupakan langkah terbaik demi kebaikan serta manfaat orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.
Menurutnya, ini kerana, majoriti rakyat yang sentiasa hidup harmoni tanpa sebarang percakaran sesama sendiri dapat membantu mewujudkan semangat perpaduan seterusnya membangunkan ekonomi negara.
Ditanya kemungkinan Pas bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO andainya hasil siasatan mengenai identiti pelaku dalam video seks itu diketahui, beliau tidak menolak kemungkinan itu.
Malah Ahmad turut yakin, suatu hari nanti, Pas akan mengubah pendiriannya untuk bersama-sama UMNO demi perpaduan Melayu dan Islam seperti yang pernah berlaku semasa era kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak Hussein dahulu.
“Kita lihat orang Cina boleh bersatu untuk kebaikan, begitu juga dengan kita orang Melayu dan yang lebih penting adalah perpaduan umat Islam,” ujarnya.
Inilah masa yg sangat sesuai utk kaum Cina memerintah Malaysia kerana kaum Cina MCA, Gerakan dan DAP sedang bersatu. Padahal kaum Melayu sedang sibuk bercakaran sesama mereka melalui UMNO, PAS dan PKR.
Tak apa, mungkin ini adalah ketentuan Allah supaya kaum Melayu yg bodoh sombong, tak sedarkan diri dan tak boleh diajar supaya merempat di tanah air sendiri.
Bila ini terjadi ada kemungkinan besar perang besar akan meletus di Malaysia di antara orang Melayu dan orang Cina.
Orang Cina akan mengharapkan campurtangan dan bantuan Singapore.
Orang Melayu akan mengharapkan Angkatan Tentera kita yg rata2 terdiri dpd orang Melayu.
Rusuhan kaum spt ini akan mengakibatkan kaum Cina yg kaya melarikan diri. Perniagaan mereka akan dirampas atau dimusnahkan oleh orang Melayu.
Menang jadi arang, kalah jadi abu.
Yamg seronok dan yg akan beruntung adalah Singapore dan sekutunya negara2 Barat yg akan membedil Malaysia spt yg berlaku di Libya. Mereka akan mengambil kesempatan utk memiliki petroleum Malaysia yg sangat mahal harganya sekarang ini.
Melayu mudah lupa .......
Nauzubillah!