Saya telah mengadakan Kembara...

Saya telah mengadakan Kembara Politik, berkempen di Sarawak 10 hari dengan menaiki 6 buah kenderaan 4WD dan melalui 53 DUN serta adakan pelbagai program di 25 DUN bersama 15 org yang turut serta dalam rombongan.. Ia adalah pengalaman yang sukar dilupakan.. Saya memilih kaedah begitu kerana ingin menjelajah sendiri Sarawak, negeri yang saya kenali sejak 25 tahun sebab isteri saya orang Kuching.. Antara faktor BN menang ialah:
1. Rakyat memilih DS Najib & bukan Anwar
2. Rakyat memilih Pehin Sri Taib & bukan Baru Bian
3. Rakyat memilih transformasi & bukan 'change' pembangkang
4. Rakyat memilih pembangunan & bukan janji yg tak pasti.
Menang besar ini juga memberi isyarat agar kerajaan Pusat & Negeri meneruskan pembangunan ke tahap yg lebih baik.. Hal2 prasarana asas yang belum selesai hanya boleh dibereskan dengan peruntukan kerajaan.. Rakyat mendambakan janji & BN jangan persiakan mandat itu.. Kerajaan BN & YB2 perlu maklum bahawa mereka akan disemak setiap 5 tahun sekali.. Janji kita kepada mereka akan mereka ingat walaupun kita terlupa.. Teruslah menjaga kebajikan & kehidupan rakyat agar sentiasa diusahakan meningkat ke tahap yang lebih tinggi.. Kemenangan lebih 2/3 juga menunjukkan tahap keyakinan rakyat yg tinggi kpd BN.. Tahniah kpd PBB yg berjaya 100%, bertanding 35 menang 35 kerusi.. PKR bertanding 49 cuma menang 3 & ini merupakan prestasi yg amat buruk.. PKR semakin ditinggalkan oleh rakyat.. Kemenangan BN ini juga pastinya memberikan motivasi yang tinggi kepada jentera BN selepas siri menang di Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau & Kerdau.. salam [gambar2 di www.ahmadmaslan.blogspot.com]

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:51 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Saya telah mengadakan Kembara...

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]