12 MEI 2011

2 YB Ketua & Timb UMNO KKangsar 12/5/11
Ceramah Isu2 Semasa hari ini d KKangsar
Prgm Juara Rakyat UMNO Kuala Kangsar

Semarakkan semula Program Juara Rakyat

12/05/2011 6:59pm

KUALA KANGSAR 12 Mei — Kesemua 191 bahagian UMNO seluruh negara diminta menyemarakkan lagi program Juara Rakyat yang dilancarkan awal tahun lepas, sebagai usaha meraih keyakinan pengundi untuk menghadapi cabaran pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, program Juara Rakyat itu perlu melibatkan penyertaan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya program itu dijadikan gerakan untuk memenangi hati para pengundi.

"Kita melihat program Juara Rakyat yang masuk fasa kedua ini agak ‘sejuk’ sikit, jadi kita mahu semua Bahagian UMNO hangatkan semula.

“Majlis Tertinggi juga telah membuat keputusan supaya program Juara Rakyat diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap bulan kerana kita mempunyai peruntukan yang mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penerangan isu-isu semasa anjuran UMNO Bahagian Kuala Kangsar di sini hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan program Juara Rakyat dengan diterajui ketua bahagian dan diuruskan oleh ketua penerangan bahagian masing-masing boleh dibahagikan kepada tiga acara seperti program ceramah umum, turun kawasan dan pameran mengenai UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata program Juara Rakyat sepatutnya menjadi program utama UMNO di setiap bahagian dengan menumpukan kawasan peti-peti undi tertentu. — Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:23 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 12 MEI 2011

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]