2 elemen baru dalam fasa kedua program Juara Rakyat

21/05/2011 12:52pm

ALOR SETAR 21 Mei – UMNO akan menerapkan dua elemen baru dalam fasa kedua program Juara Rakyat bermula Jun ini untuk mengukuhkan kesepaduan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka lebih getir.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, elemen itu ialah ceramah yang menyentuh isu-isu semasa dan penglibatan semua parti-parti komponen BN.

Katanya, ingatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa PRU-13 dijangka getir bagi BN dan tidak seperti PRU terdahulu berikutan parti-parti lawan bertambah agresif, tepat pada masanya.

"Perubahan yang dibuat dalam program Juara Rakyat kali ini mengandungi unsur-unsur untuk menghadapi situasi getir tersebut supaya penyokong BN tidak goyah,” kata Ahmad kepada pemberita selepas menerima borang permohonan menyertai UMNO daripada 71 penduduk Taman Arif/Kemuning di sini, malam tadi.

Katanya, surat arahan daripada beliau bagi penganjuran program itu akan diedarkan kepada semua ketua bahagian dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:06 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 2 elemen baru dalam fasa kedua program Juara Rakyat

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]