Anwar boleh panggil pakar luar negara - AHMAD MASLAN

PUTRAJAYA: Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan semalam mengemukakan lima cadangan untuk menghentikan kekeliruan orang ramai berhubung isu video seks didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Cadangan itu termasuk mengesyorkan Anwar supaya memanggil pakar dari luar negara untuk mengesahkan video seks didakwa membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak tulen.
“Video itu disahkan (tulen) pakar dari Amerika Syarikat dan Korea (Selatan). Saya kira polis sudah buat apa disebut sebagai semakan. Apabila Korea sudah buat diikuti Amerika, mereka sudah menyemak sekali lagi dan mengesahkan video itu tulen,” katanya di sini, semalam. Ahmad juga mencadangkan supaya Anwar menyaman ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah jika benar pendedahan itu fitnah selain bersumpah laknat menafikan beliau terbabit dalam skandal video seks itu. Beliau juga meminta polis supaya segera mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu dan mendakwa pelakunya di mahkamah untuk menamatkan pelbagai spekulasi serta mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja. Polis sebelum ini enggan mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu meskipun pakar dari Korea Selatan serta Amerika Syarikat mengesahkan video terbabit tulen dan bukan menggunakan teknik pertindihan. “Semua cadangan itu dibuat untuk menghentikan kekeliruan orang ramai dan juga tuduhan UMNO di belakang ini dan hentikan kita ini fitnah dan hentikan Utusan Malaysia akhbar fitnah. Kalau satu cadangan ini pun tidak dibuat, ia akan mengganggu pemikiran masyarakat. Kita nak tahu siapa yang benar. Saya sendiri ingin tahu apa perkara sebenar,” katanya. Mengulas rancangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berhimpun di hadapan pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur Jumaat ini bagi membantah laporan akhbar itu yang didakwa tidak memihak kepada parti pembangkang, beliau berkata, pihak itu tidak memahami kebebasan akhbar.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 6:55 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Anwar boleh panggil pakar luar negara - AHMAD MASLAN

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]