Dekati rakyat tidak harus bermusim - Ahmad Maslan
1:04 AM
Dekati rakyat tidak harus bermusim - Ahmad Maslan
NIBONG TEBAL 20 Mei - Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan menyeru pemimpin parti di pelbagai peringkat supaya selalu mengadakan program mendekati rakyat seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, tugas mendekati dan memahami masalah yang dihadapi rakyat tidak harus dilakukan secara bermusim, contohnya berkempen sewaktu pilihan raya.
"Program tinjauan mesra atau walkabout ini perlu dilakukan secara berterusan, dan di semua peringkat kepimpinan. Kita (pemimpin) perlu memenangi hati rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Taman Berjaya di sini hari ini. - Bernama