Jadikan penyatuan Melayu hasrat utama UMNO

Dari kiri Dr. Hasan Mad, Ahmad Maslan dan Fathul Bari Mat Jahya antara barisan panel Forum 65 Tahun UMNO di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 11 Mei - Harapan penyatuan bangsa Melayu terutamanya antara penyokong UMNO dan Pas wajar menjadi hasrat utama sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-65 yang disambut hari ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana orang Melayu sudah terlalu lama terpisah kerana berseteru dalam politik yang sebenarnya merugikan bangsa Melayu sendiri.

"Penyatuan UMNO dan Pas itu bukan hanya menguntungkan orang Melayu sahaja, tetapi juga orang bukan Melayu.

"Ini kerana sebagai kaum majoriti, kekuatan kaum Melayu akan menyaksikan pembangunan negara dari banyak sudut seperti ekonomi, pendidikan dan sebagainya," kata beliau.

Ahmad berkata demikian pada Forum 65 Tahun UMNO anjuran Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-65 di sini hari ini.

Dua lagi ahli panel pada forum itu ialah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr. Hasan Mad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya.

Ahmad menambah, beliau secara peribadi juga berharap UMNO akan terus menerajui kemajuan negara menjelang 2020.

Dalam masa sama katanya, semua kaum di negara ini termasuk etnik di Sabah dan Sarawak bersatu padu dan saling menerima antara satu sama lain sebagai sahabat.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:47 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Jadikan penyatuan Melayu hasrat utama UMNO

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]