Jangan politik tarif baru elektrik

Jangan politik tarif baru elektrik
Oleh S Anand Kumar dan Lum Chee Hong

2011/05/31

Percuma bil kurang RM20 sebulan

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dan ia terbukti apabila semakan baru tarif elektrik yang diumumkan semalam tidak menjejaskan 75 peratus pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kwj sebulan.

Beliau berkata, selain itu kerajaan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna domestik yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember ini.
“Walaupun semakan baru tarif elektrik itu tidak dapat dielakkan, kerajaan tetap melindungi kepentingan rakyat dan kita harus melihat perkara itu secara positif. “Pada masa sama, semakan baru tarif elektrik tidak harus dijadikan alasan oleh segelintir pihak untuk menaikkan harga barangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai, berkata pihaknya akan turun padang untuk menemui rakyat bagi memberi penjelasan berhubung semakan baru tarif elektrik.

“Sudah tentu pembangkang akan mempolitikkan perkara ini. Kita akan bertemu rakyat dan memberitahu mereka faktor di sebalik kenaikan tarif elektrik,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda MIC, T Mohan, berkata pemasangan lampu hiasan untuk projek landskap harus dikaji semula dalam usaha menerapkan sikap menjimatkan elektrik.
“Sekarang kita dapat melihat di sekitar bandar, lampu hiasan terlalu banyak dan kadangkala beroperasi sehingga awal lewat pagi,” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:50 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

7 comments for Jangan politik tarif baru elektrik

  1. Minta maaf YB, apa sahaja yang berlaku di negara ini, rakyat sudah pandai berfikir hari ini. Saya yakin selepas ini semua kos-kos yang diperlukan dalam hidup kita ini akan naik dan rakyat akan bertambah marah. natijahnya kalau YB tak percaya, tengoklah PRU13 ini.

    Suasana politik di negara ini sudah banyak berubah.Apa yang dilakukan oleh kerajaan yang ada sekarang, nampaknya rakyat sudah boleh berfikir dengan rasionalnya.

    Cukup bimbang, isu ini akan dapat dikuasai oleh pihak lawan dan akhirnya, PRU13 nanti sudah ada tanda-tanda rakyat memihak kepada pihak lawan.

    Perlu melakukan sesuatu dan apabila di beri penerangan kepada rakyat biarlah dapat difahami dengan mudah dan jangan kelirukan rakyat.

    KAIZER

  2. Ini bukan dipolitikan kan la dato..tetapi membebankan rakyat....
    TNB bpe billion untung dato??..adakah selama ini TNB rugi??..adakah pengarah2 dan kuli2 dia tidak menikmati kenaikan pangkat dan bonus selama ini??...jgn nak bohong rakyat la dato...rakyat tau bep keuntungan TNB....6 bulan pertama dah cecah hmpir 1 billion...adakah itu x memadai??..
    TNB ni GLC dato...bukan company korporat yg mencari untung...!x bolehkan ke TNB menyerap sedikit kenaikan kos itu dlm perbelanjaan TNB..??...adakah rkyat juga yg kena??...
    Untung berbillion2 tapi masih nak naikan tarif....apa kejadah ni dato??..dah la gula naik...diesel naik....tarif letrik naik...lepas ni apa lagi dato?..
    Jika mcm ni cara pengarah2 TNB atau pemimpin BN memerintah....jgn salahkan rakyat jika BN bgkus pada PRU13...

    Yg kaya tetap kaya....yg miskin jatuh lagi kedana...

    Hitch

  3. Apa yang dikatakan oleh "HITCH" itu memang ada benarnya. apabila kita berjumpa 10 puluh orang dalan sehari dan bercakap mengenai politik 9 orang memang sudah mual dengan kerajaan yang ada hari ini, mungkin 1 yang bersetuju dengan kerajaan yang ada hari ini.

    Apa sudah jadi sebenarnnya......Silap siapa, adakah pemimpin yang kononnya prihatin terhadap rakyat, tetapi kehidupan mereka melebihi dari pendapatan mereka. Oleh itu bagaimana mereka tahu kesusahan rakyat......Kadangkala cakap tak serupa bikin.......

    Rakyat hari ini sudah banyak berubah dan dapat menilai kerana pemimpin-pemimpin yang ada sekarang hidup penuh kemewahan dan hanya dalam golongan elit sahaja.

    ulang apa yang "HITCH" berkata:

    Yg kaya tetap kaya....yg miskin lagi kedana.....

    KAIZER

  4. Datuk,

    Mintak tolong bagitau TNB suruh buat interview keje Pembaca Meter lebih sikit..
    Jangan keje nak senang je tiap2 bulan antar bil anggaran yang tak masuk akal.
    kot yer pn nak bagi makan kat kroni2 Pos Malaysia komisen janagn ler malampau2.
    Jangan nanti PRU13 jadi The 13th Nightmare untuk Umno/BN..

  5. http://paneh.blogspot.com/2011/05/cibai-punya-pemandu.html

  6. Cuba dato lihat balik...bpe gaji che khalib kita...dicampur dgn komisen hampir sejuta!itu posting yg saya dapat 2 tahun sudah....skrg ni??...mgkin berlipat kali ganda...
    bagaimana pula dgn pengarah yg lain?.pengurus yg lain??....erm..mmg lebat la poket diorg...
    Kerajaan dok suruh rakyat berjimat cermat..tetapi adakah kerajaan dah cukup berjimat cermat??..bagaimana dgn peniaga2 dan restoran...dah tentu mereka akan kaji balik harga product mereka...
    Dah tentu mereka nak juga untung...depa pun rakyat juga utk mencari untung...!jika TNB boleh naikan tarif letrik sbb kenaikan kos bahan api dan seterusnya nak menjana keuntungan...kenapa peniaga2 kecil bawahan ini x boleh naikan harga makanan atau bahan mentah??...apakah semuanya rakyat kena tanggung??..x boleh ke TNB rugi sedikit demi nak menolong rakyat??...

    Nmpknya TNB dah mula menyusahkan rakyat...dan rakyat akan menghukum kerajaan BN yg selama ini hanya menanam tebu ditepi bibir...

    xpe dato..teruskan dgn agenda menaikan semua harga brg...lepas tu buat perbandingan dgn negara lain dan bagi alasan sbb nak mendidik rakyat....

    lepas ni rakyat pulak akan mendidik pemimpin diatas...tggu ajer dato x lama lagi..

    Hitch

  7. Hanye ingin berkongsi pandangan..

    http://emmazaraa.blogspot.com/2011/06/tarif-baru-elektrik-tahukah-anda.html

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]