Kabinet Bayangan Di Sarawak Cerminan Cita-cita Besar DAP Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata penguasaan DAP dalam kabinet bayangan pakatan pembangkang di Sarawak adalah cerminan sebenar hasrat DAP untuk menguasai negara ini sekiranya mereka menang pada pilihanraya umum akan datang.

Tegasnya apa yang dilihat pada kabinet bayangan di Sarawak itu juga adalah bukti bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas hanyalah sekadar menjadi alat tunggangan bagi mencapai cita-cita besar DAP.

“PKR dan Pas hanya jadi kuda tunggangan… apa lagi yang mereka mahu nafikan. Lihat saja kabinet bayangan di Sarawak, ia diwujudkan tanpa ada sebarang perbincangan dengan PKR dan Pas. Hasilnya DAP menguasai segala-galanya manakala PKR dan Pas sekadar tempelan.

“Mereka tiada persefahaman dan kesepakatan yang ikhlas… masing-masing ada agenda tersendiri dan sebab itu sehingga kini pakatan pembangkang gagal tunjukkan kabinet bayangan jika mereka berjaya menjadi pemerintah”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keretakan pakatan pembangkang di Sarawak berikutan kabinet bayangan pakatan itu yang jelas dikuasai DAP tanpa mengadakan sebarang perbincangan dengan PKR dan Pas.

Kabinet bayangan pakatan pembangkang di Sarawak telah ditolak PKR kerana ia dilakukan tanpa sebarang perbincangan yang sepatutnya mengambilkira perwakilan yang seimbang di kalangan golongan Islam dan kumpulan bumiputera bukan Islam.

Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata apa yang dilakukan DAP itu turut membuktikan bahawa parti itu adalah parti yang mengamalkan sikap chauvinis perkauman yang sempit.

“Ini sekaligus mengiyakan kenyataan perkauman seorang calon DAP pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini yang mempertikaikan kaum Melayu/Melanau menjadi Ketua Menteri.

“Inilah wajah sebenar DAP… parti rasis yang sentiasa berselindung atas nama keadilan dan mempunyai helah yang cukup licik untuk mempergunakan rakan pakatan mereka PKR dan Pas”, ujarnya.

Justeru beliau yakin rakyat akan dapat menilai dan melihat secara jelas cita-cita besar sebenar DAP yang menjurus kepada parti perkauman yang sempit. -MediaUMNO

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:28 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Kabinet Bayangan Di Sarawak Cerminan Cita-cita Besar DAP Di Malaysia

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]