'Terima kasih Perdana Menteri'
9:42 PM
'Terima kasih Perdana Menteri'
PONTIAN 10 Mei - Ahli keluarga enam nelayan tempatan yang dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah di Bengkalis Indonesia 5 Mei lalu mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kes tersebut.
Jurucakap mereka, Ariss Baba berkata, kenyataan Perdana Menteri amat bertepatan dengan gagasan 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' apabila turut membincangkan isu itu semasa pertemuan dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sempena Sidang Kemuncak Asean di Jakarta baru-baru ini.
Pihaknya juga mengalu-alukan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang menyatakan kekecewaan dengan tindakan Indonesia dalam menangani isu nelayan itu.
"Kami berasa lega dan terharu atas sokongan yang diberikan dan berharap mereka dapat dibebaskan dengan segera dan pulang menemui keluarga tersayang," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Pada sidang akhbar itu, Ariss turut menunjukkan beberapa keping gambar terbaru tujuh nelayan yang diambil di dalam mahkamah semasa perbicaraan dijalankan bagi tatapan ahli keluarga mereka di tanah air.
Mereka turut merakamkan gambar bersama Setiausaha Sulit Kanan dan Setiausaha Sulit Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khairudin Mohamad dan Mohd. Fauzi Sunawan yang berada di sana.
Ariss turut merakamkan terima kasih kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian dan wakil rakyat yang lain kerana berusaha membantu membebaskan kumpulan nelayan tersebut termasuk seorang warganegara Indonesia.
Tahniah YB Ahli Parlimen Pontian & Timb Menteri JPM. YB Datuk Ahmad Maslan merupakan pemimpin yang sangat mesra rakyat.
Ikhlas daripada
Azemi Mahat
Group CEO
Golden Straits Villas Beach Resort
Port Dickson