Tindakan PKR salahkan Utusan satu eskapisme

Tindakan PKR salahkan Utusan satu eskapisme

KUALA LUMPUR 17 Mei - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuduh Utusan Malaysiamembuat fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai langkah eskapisme iaitu untuk melarikan diri daripada menghadapi isu sebenar berkaitan masalah peribadi ketua pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan itu merupakan publisiti murahan PKR yang semakin terdesak dengan masalah ketua mereka.

"Daripada menyalahkan Anwar, mereka menuduh Utusan Malaysia sebagai satu eskapisme. Memang mereka jenis yang suka melarikan diri daripada menghadapi isu sebenar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas rancangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berhimpun di hadapan pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin di sini, Jumaat ini bagi menolak politik fitnah Utusan Malaysia.

Menurut Ahmad, langkah mahu mengadakan demonstrasi itu menunjukkan mereka tidak menghormati kebebasan akhbar.

Ini kerana jelasnya, akhbar Utusan Malaysia; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; UMNO dan Barisan Nasional (BN) tiada kaitan dalam isu tersebut kerana pendedahan mengenai kes Anwar dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sudah bersumpah laknat.

"Jika tak betul, kenapa Anwar tak saman Shazryl Eskay. Kenapa Anwar takut bersumpah. Akhbar hanya melaporkan berdasarkan fakta," katanya lagi.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:19 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

2 comments for Tindakan PKR salahkan Utusan satu eskapisme

  1. Jika org2 PR yg komen,saya x heran dato..sbb mmg perangai depa mcm tu.....mcm paper depa ni bagus sgt....
    Tapi yg dok komen ni...org2 BN sendiri seperti MCA.....especially chua siporno tue dan geng2 dia....
    dato tlg sound sikit kat cina keparat ni....jika paper cina boleh komen mcm2 pasal melayu...kenapa paper melayu x boleh komen pasal depa...depa ni tuhan ka??...depa ni bagus ka??..xsedar lagi ka rakyat dah x mau MCA lagi.....tapi masih berlagak ego dan sombong....
    Mntk tlg dato cakap kat PM...jgn dok bagi muka kat cina mcm ni.....yg x kenang budi....tlg sound byk pada kaum cina ni....jgn dok perlekeh utusan atau org melayu....
    Jika nak sama2 menang PRU akan dtg...tlg buat kerja.....bukan nak menceceh siang malam.....rakyat nmpk dato...rakyat x bodoh..

    Hitch

  2. gaduh jgn x gaduh

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]