Malam 3/6 pantun berkait original sewaktu saya rasmikan Makan Malam PENCINTA, Persatuan Warga Cinta Malaysia di KL

Malam 3/6 pantun berkait original sewaktu
saya rasmikan Makan Malam PENCINTA,
Persatuan Warga Cinta Malaysia di KL

1) Sinar suria terang semesta
Subur melati setinggi jati
Hanya Malaysia negara kita
Mari cintai sepenuh hati...

2) Subur melati setinggi jati
Kisah hikayat harimau mengaum
Mari cintai sepenuh hati
Bersama rakyat pelbagai kaum...

3) Kisah hikayat harimau mengaum
Jadi teladan pelbagai usia
Bersama rakyat pelbagai kaum
Di bawah Gagasan Satu Malaysia...

4) Jadi teladan pelbagai usia
Sudah tersohor zaman berzaman
Di bawah Gagasan Satu Malaysia
Hidup makmur harmoni aman...

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:14 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Malam 3/6 pantun berkait original sewaktu saya rasmikan Makan Malam PENCINTA, Persatuan Warga Cinta Malaysia di KL

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]