Pas bukan dimonopoli golongan profesional
2:48 PM
KUALA LUMPUR 10 Jun - Dakwaan kepimpinan Pas kini dimonopoli golongan profesional adalah tidak tepat memandangkan Timbalan Presidennya, Mohammad Sabu dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar bukan tergolong dalam kumpulan tersebut.
Menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, adalah lebih tepat untuk mengatakan bahawa Pas kini dikuasai bukan ulama berbanding 'mengangkat' para pemimpinnya menjadi profesional.
"Kenapa kita ikut rentak Pas sebut ulama dan profesional?
"Jika sebut profesional, itu hanya akan menaikkan taraf mereka. Hakikatnya, Pas kini dikuasai bukan ulama dan ia jelas menunjukkan mereka bukanlah parti alternatif menggantikan UMNO kerana kepimpinan UMNO adalah jauh lebih baik," katanya.
Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 2:48 PM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0