APMM bakal terima aset baru

MUHYIDDIN Yassin diiringi Ahmad Maslan (kiri) dan Mohd. Amdan Kurish (tiga dari kiri) bersalaman dengan pegawai-pegawai APMM pada majlis perjumpaan khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 12 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bakal menerima sebilangan aset-aset kapal dan bot, prasarana kompleks pejabat, jeti serta penyerapan 1,060 anggota dan pegawai daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) ke dalam agensi itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, APMM yang bakal menjadi agensi tunggal penguatkuasaan maritim negara menjelang Ogos depan juga bakal menerima pengiktirafan Diraja setaraf dengan pasukan keselamatan lain.

‘‘Perkara ini (pengiktirafan Diraja) akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri selepas mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan memenuhi segala syarat baru boleh digunapakai.

‘‘Dari segi martabat, kalau dikurniakan taraf diraja ia lebih tinggi dan peranan juga menjadi lebih penting di mana para anggota berasa lebih bersemangat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan khas bersama warga APMM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Amdan Kurish.

Mengenai kemungkinan terdapat pertindihan tugas antara agensi penguatkuasaan maritim lain, beliau menjelaskan, fungsi dan kuasa berkaitan penggubalan dasar, undang-undang, kawal selia, pelesenan, penyelidikan, pembangunan, pemeliharaan sumber dan tugas-tugas lain yang tidak berkaitan dengan penguatkuasaan serta operasi mencari dan menyelamat di laut masih dikekalkan kepada agensi-agensi maritim sedia ada.

‘‘Identiti dan sifat maritim Malaysia hendaklah mengambil kira peranan maritim semasa darurat, krisis khas atau perang seperti yang termaktub di bawah Seksyen 17 Akta Maritim yang sifatnya mengandungi ciri-ciri ketenteraan tertentu agar mampu menyokong Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.



Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 6:05 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for APMM bakal terima aset baru

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]