Bandar Tun Abdul Razak Jengka

Bandar Tun Abdul Razak Jengka

KUALA LUMPUR 5 Julai – Bandar Pusat Jengka yang wujud hasil kejayaan tanah rancangan akan ditukar namanya kepada Bandar Tun Abdul Razak Jengka bagi menghargai jasa bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak membangunkan Felda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pengisytiharan nama baru itu akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Peneroka Felda 2011, Khamis ini.

“Bandar Pusat Jengka ditukar namanya kerana di kawasan itu terdapat begitu banyak tanah rancangan Felda dan ia dihuni serta dimakmurkan oleh kawasan rancangan.

“Ini selaras dengan hasrat Allahyarham Tun Abdul Razak berhubung matlamat penubuhan Felda. Selain untuk membasmi kemiskinan, Felda ditubuhkan dalam mewujudkan kawasan bandar di kawasan pedalaman.

“Selain pertukaran nama, Perdana Menteri juga akan membuat beberapa pengumuman penting bagi pembangunan warga Felda dan tanah rancangan Felda di Jengka,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sambutan Hari Peneroka Felda 2011 akan diadakan di Stadium Mini Jengka, Pahang, Khamis ini sempena sambutan ulang tahun ke-55 Felda.

Ujar Ahmad Maslan, sempena sambutan Hari Peneroka Felda itu, Perdana Menteri turut melancarkan program Guarded Community bagi memastikan semua 317 kawasan rancangan Felda berada dalam keadaan selamat.

“Beliau (Najib) juga akan menyampaikan beberapa anugerah seperti Anugerah Sekolah Bestari, Anugerah Usahawan Tani Felda, Anugerah Pingat Khidmat Bakti dan Anugerah Keceriaan Kampung Felda,” tambahnya.


Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:17 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Bandar Tun Abdul Razak Jengka

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]