Kejayaan Kerajaan Tangani Helah Bersih Jalankan Kerja-kerja Pembangkang


KUALA LUMPUR, 7 Julai – Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan membidas tindakan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), S.Ambiga yang berselindung di sebalik NGO untuk melakukan kerja-kerja pembangkang.

Katanya, di sebalik apa yang Ambiga lakukan itu ada anggota-anggota pembangkang iaitu Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Lim Kit Siang dan ini adalah platform kepada mereka sendiri.



“Saya kira Ambiga ini akan masuk parti politik pembangkang jadi saya cabar Ambiga untuk masuk ke dalam politik dan biarlah kita bertemu dalam arena yang sama daripada dia berterusan mahu mahu mengelirukan orang ramai,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ujar beliau lagi, cadangan mereka untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka adalah satu helah semata-mata sedangkan mereka mahu meneruskan agenda demonstrasi jalanan.

“Bayangkan jika mereka berhimpun di Stadium Merdeka yang hanya dapat menampung 20,000 orang sahaja sedangkan yang datang pula adalah seramai 50,000 orang maka yang selebihnya itu akan melimpah keluar stadium dan berbaju kuning dengan berkumpul serta berarak di jalanan. Maka akan terjadi demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur juga,” tegasnya.

Justeru, beliau menyokong keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan bahawa tidak boleh diadakan dimana-mana kawasan dalam Kuala Lumpur sebaliknya biarlah di kawasan negeri pembangkang yang terdekat sama ada di Selangor atau sebagainya.

“Terpulanglah kepada mereka kerana mereka ada beberapa stadium di Selangor atau mana-mana negeri pembangkang lain yang tentunya tidak akan mengganggu trafik di Kuala Lumpur tetapi mesti mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.”

Tambahnya lagi, apabila kerajaan membenarkan perhimpunan di dalam stadium maka ia adalah satu kejayaan yang amat penting untuk masa depan.

“Selepas ini tidak akan ada lagi demonstrasi jalanan di Malaysia kerana kita akan sekiranya ada mana-mana pihak mahu lahirkan rasa tidak setuju mereka boleh memohon permit di mana-mana stadium atau di dalam dewan.”

“Bersih adalah organisasi haram tetapi dibelakangnya ada banyak organisasi lain yang telah berdaftar maka mereka perlu pergi ke stadium atas nama organisasi yang sah,” katanya lagi.

Jelasnya, apabila demonstrasi dapat dilakukan secara tertutup maka secara tidak langsung ia dapat mengelakkan pelbagai perkara buruk berlaku bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga pada negara.

“Apabila ia dapat dilaksanakan secara terkawal maka akan dapat elakkan pelbagai perkara buruk berlaku termasuk kehilangan jiwa, kecederaan, kemusnahan barang-barang awam dan sebagainya. Lebih penting lagi ia tidak menyusahkan orang ramai, atau menakutkan para pelancong yang mana bulan Julai ini adalah paling ramai pelancong teramai dari Timur Tengah.” - MediaUMNO

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:56 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Kejayaan Kerajaan Tangani Helah Bersih Jalankan Kerja-kerja Pembangkang

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]