Kempen Sejuta Tandatangan berjaya

AHMAD Maslan menurunkan tandatangan selepas melancarkan Kempen Sejuta Tandatangan bagi menyokong gagasan 1Malaysia di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur semalam. Turut serta, Syed Ibrahim Kader (bersongkok).


KUALA LUMPUR 17 Julai – Kempen Sejuta Tandatangan bagi menyokong gagasan 1Malaysia anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Yayasan Kemajuan Islam Nasional (Yakin) mencapai sasaran apabila 1,263,177 tandatangan berjaya dikumpul.

Kejayaan tersebut menunjukkan majoriti senyap rakyat Malaysia menyokong gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, gagasan 1Malaysia akan memastikan perpaduan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara terus berkekalan.

“Hari ini kempen itu diadakan serentak di 212 lokasi di Semenanjung Malaysia dan ia merupakan cara kreatif bagi menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

“Kaedah aman untuk menyatakan sokongan rakyat yang berbilang kaum, agama dan berbeza fahaman politik itu dibuat tanpa perlu membuat porak-peranda di jalanan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Sejuta Tandatangan di sini hari ini.

Beliau turut melancarkan Skuad Jom Berdaftar Yakin bagi membantu rakyat terutama ahli Kimma yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melawat dari rumah ke rumah.

Kimma menyasarkan lebih 100,000 India Muslim dapat didaftarkan sebagai pengundi sehingga hujung tahun ini.

Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO, mengucapkan terima kasih atas usaha penganjur melaksanakan program baik seperti itu dan tandatangan tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri.

Katanya, kempen itu secara tidak langsung membuktikan rakyat Malaysia cintakan keamanan dan perpaduan.

Sementara itu, Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, sebanyak 108,000 ribu tandatangan berjaya dikumpul sejak majlis pelancaran awal 16 Jun lalu dan semasa perlawanan pasukan kebangsaan menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

“Kimma berkeyakinan, sebanyak sejuta tandatangan dapat dikumpulkan petang ini berdasarkan sambutan yang begitu baik diterima.

“Kami juga akan memastikan sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan ataupun revolusi akan ditentang habis-habisan,” ujarnya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:14 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Kempen Sejuta Tandatangan berjaya

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]