Kimma kumpul satu juta tandatangan


KUALA LUMPUR 16 Julai - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) hari ini memulakan misi mendapatkan sejuta tandatangan rakyat Malaysia sebagai tanda sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan Kebangsaan Kimma, Datuk Anuar Sadad berkata, usaha itu dilakukan bagi menunjukkan sokongan terhadap gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri.

"Sejak kebelakangan ini banyak isu yang dilihat cuba ditimbulkan untuk menjatuhkan kepimpinan beliau (Najib), bukan sahaja daripada pembangkang malah pihak luar juga,'' katanya selepas mendapatkan tandatangan skuad Harimau Malaya di Hotel Palace of Golden Horses di sini hari ini.

Skuad tersebut merupakan pihak pertama yang menurunkan tandatangan sokongan kepada kempen Kimma sebelum pasukan kebangsaan itu menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil, petang ini.

Tambah Anuar, usaha itu dilancarkan oleh Kimma serentak di 212 lokasi di seluruh negara esok dengan upacara perasmian akan dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di Masjid India, di sini.

Sehubungan itu, Kimma menyeru orang ramai untuk bersama menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada gagasan 1Malaysia untuk berbuat demikian di 12 buah kaunter yang disediakan sekitar ibu negara.

Antara kawasan tersebut adalah Bukit Bintang, Sogo, Pudu dan pusat beli-belah Times Square bermula dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:11 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Kimma kumpul satu juta tandatangan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]