Demonstrasi untuk alih perhatian

BUTTERWORTH 2 Ogos - Perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara semalam sengaja dianjurkan untuk mengalih pandangan rakyat terhadap pelbagai krisis yang dihadapi pakatan pembangkang.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, perhimpunan itu hanya taktik menutup kelemahan dan pergeseran yang mula ditunjukkan pakatan pembangkang khususnya di negeri-negeri yang di kuasai mereka.
Senario itu katanya, membuktikan wujud gerakan-gerakan politik yang sanggup merosakkan keamanan dan keharmonian dalam negara semata-mata untuk meraih keuntungan politik.
''Mereka kini berdepan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, isu penyelewengan dan salah laku pemimpin di Selangor, pergeseran di Kedah sehinggalah kepada isu-isu moral yang dibawa ke mahkamah.
''Begitu juga penerimaan baik rakyat di Pilihan Raya Kecil Manek Urai. Semua ini menghakis imej mereka. Maka kelemahan ini cuba ditutup dengan cara begini (demonstrasi)," katanya ketika berucap merasmikan persidangan UMNO Bahagian Bagan di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa dan Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:23 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Demonstrasi untuk alih perhatian

  1. Yang lucunya, mereka yang mengetuai demonstrasi dan GMI bukan dari kalangan yang pernah masuk ISA.
    Mereka ni boleh lah di gelar Pak Pandir moden dan Pak Kaduk.

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]