'Malang dan rugikan rakyat'


KUALA LUMPUR 26 Nov. - Langkah Kerajaan Selangor melarang kakitangan awam serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) miliknya daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) disifatkan sebagai malang dan merugikan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia menyebabkan sebahagian daripada rakyat negeri itu tidak lagi berpeluang mengetahui fakta-fakta dan hal-hal terkini kenegaraan.
Beliau berkata, sepatutnya Kerajaan Selangor tidak bertindak sedemikian kerana kursus BTN telah banyak memberi manfaat kepada rakyat terutama bagi memupuk semangat patriotisme, perpaduan serta kenegaraan.
"Bagi saya tindakan Kerajaan Selangor ini merupakan kekhuatiran politik semata-mata,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Kerajaan Selangor melarang kakitangan awam dan pelajar IPT milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta-merta.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:10 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 'Malang dan rugikan rakyat'

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]