Najib akan selesaikan isu BTN

PUTRAJAYA 11 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menyelesaikan isu berkaitan kurikulum Biro Tata Negara (BTN) yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.
Komitmen itu dinyatakan Perdana Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini pagi ini.
Bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, laporan media khususnya akhbar-akhbar tempatan mengenai isu BTN merupakan perkara yang sedang diberi perhatian serius oleh kerajaan.
‘‘Perdana Menteri pada mesyuarat Kabinet hari ini menyatakan beliau sendiri akan memainkan peranan menyelesaikan isu BTN ini.
‘‘Pihak kementerian menyerahkan kepada beliau tentang apa yang hendak disusul mengenai isu ini, Perdana Menteri dijangka akan membuat penjelasan dan kesimpulan mengenainya,” katanya ketika dihubungi di sini.
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Kabinet bersetuju merombak kurikulum BTN supaya ia lebih sesuai untuk semua kaum sejajar dengan gagasan 1Malaysia.
Katanya, keputusan itu dibuat bagi memastikan kursus tersebut tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja dan tidak memecahkan rakyat mengikut etnik.
Bagaimanapun kenyataan Mohamed Nazri itu berbeza dengan nada yang disuarakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang menjelaskan modul BTN tidak perlu dirombak sebaliknya akan ditambah baik agar sesuai dengan situasi semasa.
Kenyataan Mohamed Nazri itu juga telah menimbulkan perasaan kurang senang khususnya di kalangan pemerhati politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu kerana menggambarkan seolah-olah kerajaan tunduk kepada desakan pembangkang selain terlalu bersifat pemaaf.
Komen beliau itu susulan daripada tindakan drastik kerajaan Selangor melarang kakitangan awam serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri daripada menyertai kursus BTN, sebelum tindakan sama turut diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam komennya mengenai isu itu mahu kerajaan tidak terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga terpaksa merombak kurikulum BTN yang telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di negara ini.
Tegas Dr. Mahathir, tiada sebarang masalah terhadap modul kurikulum yang diguna pakai oleh BTN sekarang.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 5:22 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

2 comments for Najib akan selesaikan isu BTN

  1. seperti ada kebocoran maklumat dalam mesyuarat kabinet...

    apa saja yang telah diputuskan dalam mesyuarat kabinet akan di manipulasikan oleh pembangkang lebih awal dan hasilnya, kelihatan seperti kerajaan tunduk pada tekanan pembangkang...

  2. Kalau ada bocor kena siasat dari mana datang nya kebocoran tersebut. Jalan penyelesaiannya adalah siasat orang dalam ke yang borcorkan serta kena perkuatkan tapisan serta keselamatan maklumat.

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]