Felda bayar cukai RM1.3 bilion

Felda bayar cukai RM1.3 bilion

KUALA LUMPUR 26 Julai - Felda berjaya menjelaskan cukai berjumlah RM1.3 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam tempoh lima tahun sejak 2004. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah tersebut, nilai bayaran tertinggi dicatatkan pada 2008 dengan kadar RM443.74 juta memandangkan pasaran sawit yang agak stabil pada tahun tersebut. "Bayaran cukai setiap tahun ini telah dicantumkan dengan pembayaran ketiga-tiga entiti milik Felda sendiri termasuk Felda Holdings Bhd. (Felda Holdings) dan Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH). "Pembayaran cukai bagi 2004 adalah RM314.96 juta, 2005 (RM205.99 juta), 2006 (RM151.94 juta) dan 2007 (RM186.55 juta)," katanya semasa melancarkan buku Manual Pengurusan Rancangan Felda pada Seminar Pengurus Felda 2010 di Dewan Perdana Felda di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd. Wahab dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad. Seminar itu menghimpunkan 317 pengurus dari seluruh tanah rancangan Felda yang menjuruskan kepada kaedah teknik pengurusan rancangan secara berkesan. Status kewangan Felda hangat diperkatakan selepas akhbar milik pembangkang, Suara Keadilan mengeluarkan artikel berunsur fitnah mengenainya bulan lepas. Jelas Ahmad, pengumuman jumlah bayaran cukai tersebut adalah kali pertama dilakukan oleh Felda bagi membuktikan kewangannya berada dalam keadaan kukuh. "Ini menunjukkan Felda tidak muflis seperti dinyatakan oleh akhbar pembangkang. Jika sesebuah syarikat itu muflis, mana mungkin cukai mampu dibayar," katanya. Tambah beliau lagi, Felda Holdings turut membayar zakat perniagaan RM5.78 juta bagi 2005, RM6.62 juta (2006), RM10.08 juta (2007) dan RM12.77 juta (2008). Justeru, beliau mengingatkan pihak tertentu agar jangan cuba menabur fitnah tanpa mengetahui dengan terperinci status kewangan Felda. Dalam seminar itu juga, Ahmad menerima memorandum sokongan daripada Kesatuan Pekerja-pekerja Felda Malaysia dan Persatuan Pegawai Kanan Felda Malaysia bagi menangkis tohmahan serta fitnah ke atas agensi kerajaan itu. Kesatuan diwakili oleh presidennya, Datuk Ramli Ismail dan persatuan pula diwakili presidennya, Abd. Malib Abd. Rani.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:24 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Felda bayar cukai RM1.3 bilion

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]