Linda janji lebih bekerja daripada bercakap

Linda janji lebih bekerja daripada bercakap

SANDAKAN 2 Nov. – Calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Thau Lin berjanji akan lebih banyak bekerja daripada hanya bercakap dan berjanji seperti mana calon pembangkang sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi Khamis ini.

Beliau berkata, pendekatannya adalah bagi mendekati akar umbi dan bukannya hanya pandai bercakap dan berdebat bagi mengaburi mata rakyat.

“Saya tahu mereka lebih pandai bercakap daripada saya kerana mereka sudah lama dan berpengalaman.

“Bagaimanapun saya mahu lebih turun padang untuk bekerja daripada bercakap, cakap, cakap,” katanya ketika ditemui selepas majlis pertemuan bersama media di Sri Libaran dekat sini hari ini.

Turut hadir pada pertemuan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Menurut Linda Tsen, beliau akan terus melakukan pendekatan turun padang memandangkan cara tersebut akan dapat mendekatkannya dengan masyarakat.

Katanya, beliau akan memberi tumpuan kepada usaha bagi menaik taraf hidup masyarakat di daerah ini yang majoritinya bumiputera.

Justeru, katanya, beliau berharap pengundi di Parlimen Batu Sapi akan memberi peluang kepadanya untuk membawa lebih banyak pembangunan ke kawasan mereka.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 7:46 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Linda janji lebih bekerja daripada bercakap

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]