Anwar perlu sumpah nafi dakwaan

Anwar perlu sumpah nafi dakwaan

KUALA LUMPUR 11 Mei – Pihak yang didakwa melakukan kemungkaran melalui sumpah laknat perlu bersumpah sekiranya ingin menafikan dakwaan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, agama Islam menuntut pihak yang dituduh supaya melakukan sumpah laknat bagi menepis segala dakwaan buruk terhadap individu tersebut.

“Seperti dalam kes yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan kes liwat dan skandal video seks, jika mengikut hukum Islam, beliau harus bersumpah laknat bagi menafikan dakwaan terhadapnya.

“Akan timbul tanda tanya sekiranya Anwar berdiam diri seperti yang dilakukan sekarang. Beliau perlu melakukannya (sumpah laknat) kerana tiada cara lain untuk menafikan tuduhan tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas Forum 65 Tahun UMNO di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sumpah laknat yang dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung kes liwat dan video seks yang didakwa melibatkan Anwar.

Sementara itu, Ahmad berkata, beliau turut menyokong supaya Anwar melafazkan sumpah laknat bagi membersihkan dirinya daripada tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

“Anwar perlu bersumpah laknat supaya isu ini boleh selesai dan bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai,” jelasnya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:45 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Anwar perlu sumpah nafi dakwaan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]