JANGAN NEGARA TERGADAI

JANGAN NEGARA TERGADAI

KULAIJAYA – Seluruh rakyat Malaysia diminta agar membuat keputusan tepat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) agar negara ini tidak jatuh kepada pembangkang, kata Ketua Penerangan UMNO Pusat, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, tidak mustahil kepentingan dan hak rakyat negara ini akan tergadai sekiranya pemerintahan jatuh ke tangan pembangkang berikutan terlalu banyak ‘kesilapan teknikal’ berlaku dalam kalangan pemimpin mereka.

“Demi menyelamatkan rahsia atau ‘kesilapan teknikal’ itu, perkara yang diminta oleh negara luar juga mungkin ditunaikan termasuk memberi sumber yang tidak sepatutnya.

“Jadi sedarlah rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu, jangan sampai negara yang kita cintai ini tergadai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmiannya pada Persidangan Agong Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kulai Kali Ke-8 di Dewan Raya Felda Taib Andak, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad turut menyeru agar Pas meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menyertai Barisan Nasional (BN) demi kepentingan Melayu.

“Melayu hanya akan jadi kuat jika kita bersatu, jadi saya mengulangi :saranan Perdana Menteri menjemput Pas bergabung dengan UMNO dan bekerjasama untuk masa depan Melayu,” katanya.

Sementara itu, menyentuh soal isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad sekali lagi menegaskan hal itu tiada kaitan dengan BN dan bukan konspirasi UMNO seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Sekiranya video itu adalah konspirasi UMNO, ia adalah strategi politik paling bodoh dalam dunia.

“Kami tidak tahu menahu tentang kewujudan video itu kerana kami bukan jenis orang yang pergi ke tempat itu (hotel),” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:54 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for JANGAN NEGARA TERGADAI

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]