Setuju sekat ejen bawa telefon

2011/05/17

UMNO, PAS sokong peraturan SPR elak sebar perkara belum diumum

KUALA LUMPUR: UMNO dan PAS menyokong usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan peraturan melarang ejen parti politik membawa telefon bimbit ketika bertugas di pusat pengiraan undi dan pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata peraturan itu dapat menyekat ejen parti politik menyalahgunakan telefon bimbit untuk menyebarkan perkara yang belum diumumkan secara rasmi oleh SPR.
“Peraturan itu wajar kerana kita tidak mahu rakyat keliru atau tersalah tafsir dengan perkara yang belum rasmi, tetapi sudah diumumkan lebih awal oleh parti bertanding terutama pembangkang,” katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, SPR wajar melonggarkan peraturan berkenaan dengan menetapkan telefon bimbit ejen parti perlu disimpan SPR ketika pengiraan undi dijalankan.

“Selepas SPR membuat pengumuman rasmi mengenai keputusan kiraan undi, barulah pulangkan semula (telefon) kepada ejen parti untuk mereka maklumkan kepada parti masing-masing,” katanya.

SPR membuat peraturan itu bagi mengelakkan ejen parti politik menyalurkan maklumat, khususnya keputusan tidak rasmi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook atau Twitter sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, bagaimanapun membantah peraturan baru itu dan menganggap ia hanya akan menyukarkan parti bertanding menghantar arahan atau mendapat maklumat mengenai perjalanan proses pengundian, termasuk mengira undi di pusat mengundi atau pengiraan undi.

“Petugas parti perlu membawa peralatan komunikasi, komputer, laptop dan telefon bimbit untuk menerima atau menghantar pesanan serta arahan daripada parti. Kalau tidak ada semua peralatan ini, macam mana kita hendak memantau,” katanya.

Turut tidak bersetuju dengan peraturan baru itu ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menganggapnya sebagai langkah ke belakang SPR menguruskan pilihan raya ketika dunia terdedah kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, peraturan baru itu tidak akan mampu menyekat keputusan undi daripada tersebar kepada orang ramai.

Katanya, ini disebabkan ejen parti berpeluang keluar daripada pusat mengundi dan menyampaikan maklumat kepada parti mengenai perkembangan yang berlaku di pusat mengundi.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 5:32 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Setuju sekat ejen bawa telefon

  1. Saya ahli UMNO amat bersetuju dengan cadangan supaya semu ajen dalam pengiraan undi tidak dibenarkan membawa telefon bimbit untuk mengelakkan kebocoran maklumat keputusan pilihan raya. Setuju, walaupun akan ada sms dikeluarkan,maka kita yakinlah yang sms itu tidak boleh dipercayai.

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]