62,843 jentera penerangan Umno digerak elak keliru


SEREMBAN: Biro Penerangan Umno akan menggerakkan 62,843 jenteranya di semua peringkat bagi memberi penerangan dan menjelaskan kekeliruan pelbagai isu yang timbul kepada ahli akar umbi dan orang ramai. Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata bagi memastikan keberkesanan jentera itu, pihaknya akan mewujudkan pangkalan data mengandungi nama dan alamat semua ketua dan ahli jawatankuasa (AJK) penerangan semua peringkat, termasuk cawangan. "Jika semua jentera penerangan di semua peringkat dapat digerakkan, kita yakin persoalan mengenai pelbagai isu boleh diterang dan dijelaskan kepada ahli pada peringkat akar umbi. "Ini akan memudahkan kita menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana segala isu dan kekeliruan dapat dijelaskan," katanya selepas majlis penerangan Umno Negeri Sembilan di Bangunan Umno negeri, di sini semalam. Ahmad berkata, pihaknya juga akan memperbanyakkan program penerangan pada peringkat cawangan agar setiap objektif dan matlamat program sampai ke golongan sasar.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:08 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for 62,843 jentera penerangan Umno digerak elak keliru

  1. janganlah kami pula dituduh tak menjalankan penerangan YB. Bila masa kami dilatih secara sistematik untuk memberi penjelasan kepada rakyat. Ajarlah kami cara memberi penerangan yang bijaksana dan menggunakan kaedah yang canggih seperti penggunaan LCD Projektor. Tapi hari ini saya lihat jarang sangat penceramah UMNO menggunakan LCD Projektor. Kalau menggunakan kaedah yang lama, macam mana nak tarik minat orang mendengarnya. Tapi yang paling penting saya lihat kesemua Parlimen yang dalam kawasan Felda jangan kalah kerana disitulah majoriti orang Melayu menghuninya.

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]