Shafie serah kepada Ahmad struktur semula jentera penerangan Umno


BATU PAHAT: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata beliau menyerahkan kepada Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan untuk menstruktur semula jentera penerangan parti itu demi memperkukuhkan Umno. Beliau berkata, langkah segera perlu diambil untuk menggerakkan semula jentera penerangan sekiranya ahli jentera benar-benar didapati gagal menjalankan tugas sebelum ini. "Kita serahkan kepada Ketua Penerangan sendiri untuk menyusun semula jentera itu," katanya selepas merasmikan mesyuarat berkelompok 90 cawangan Umno Bahagian Ayer Hitam,


Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad semalam, mengenai lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Menurut Ahmad, ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti. Sementara itu, dalam ucapannya, Mohd Shafie mengingatkan semua pemimpin Umno supaya tidak leka dan sentiasa berusaha mendampingi rakyat melalui perkhidmatan yang diberikan.
Beliau berkata, perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat dapat membantu kerajaan dalam membangunkan negara.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:25 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

2 comments for Shafie serah kepada Ahmad struktur semula jentera penerangan Umno

  1. Salam YB,
    Kebenaran sudah diberi oleh Naib Presiden dan saya juga berkeyakinan kebenaran juga telah diberi oleh PM jadi saya ingin mencadangkan agar YB mewujudkan jentera penerangan di peringakat Ibu Pejabat terlebih dahulu dan jadikan mereka jentera yang ampuh untuk memberi penerangan ke peringkat negeri bagi menjawab isu isu semasa. Pada saya kerja berpasukan adalah sangat penting YB. Pada hari ini saya sebagai pemerhati gerakan YB yang setia hanya bergerak seorang diri saja ke Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu memberi penerangan dan tidur di rumah rumah peneroka. ianya satu perbuatan yang tersangat baik tetapi mampukan YB bergerak seorang diri sampai PRU 13. Kebimbangan saya yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran.

    Sekadar pandangan hamba yang dhaif saja YB...Selamat Berjuang.

  2. tolonglah bantu ahmad maslan....

    bantulah dia untuk membantu UMNO

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]