BN BUAT KEPUTUSAN BIJAK UNTUK TIDAK BERTANDING DI PENANTI
3:08 PM
Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kecil sebenarnya adalah untuk memenuhi tuntutan demokrasi bagi memilih wakil kepada rakyat.. Semuanya telah dilaksanakan pada 8 Mac 2008. Pada ketika itu semua berjanji untuk berkhidmat kepada rakyat ketika waktu kempen dan setelah diumumkan kemenangan masing-masing. Itulah yang terjadi di semua kawasan pilihanraya termasuk Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti.. Malangnya, proses demokrasi itu disalah gunakan apabila wakil-wakil rakyat ini meletak jawatan bukan atas sebab yang munasabah, tetapi atas sebab peribadi dan permainan politik. Sepaptutnya pilihanraya kecil dibuathanya atas sebab-sebab kematian atau sebab-sebab yang berat. bukan untuk membina imej peribadi atau sengaja memasang jerat..
Tindakan BN adalah bijak dengan tidak mengikut gendang paluan pembangkang yang membazirkan wang rakyat (kos kepada SPR,Polis dan lain-lain), membuang masa tenaga dan menyusahkan rakyat.. malahan menipu dan mempermainkan mandat rakyat yang telah diberi sebelum ini..
Kita punyai banyak agenda negara yang lebih penting iaitu untuk membina 1Malaysia, mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian..
BN dan UMNO tidak pernah gentar tetapi siri perletakan jawatan yang tidak munasabah seperti ini perlu dihentikan.. Kita tidak akan terjebak sekali lagi dalam PENYALAHGUNAAN PROSES DEMOKRASI mainan politik pembangkang seperti di Penanti, Bukit Selambau dan Permatang Pauh, Kita yakin rakyat yang berfikir panjang akhirnya akan muak dan jemu dengan permainan politik seperti ini..
Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 3:08 PM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0