Ahmad Maslan turun padang untuk membawa perubahan kepada rakyat DUN Manik Urai

KUALA KRAI — Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan turun padang baru-baru ini untuk menyelami sendiri denyut nadi rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, sejajar dengan kehendak Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan ahli politik berkhidmat demi kepentingan rakyat.
Ketika berada di DUN Manik Urai, Ahmad menyertai penduduk setempat bergotong-royong membersihkan jalan dan kawasan perkuburan selain turut serta menoreh getah, iaitu punca rezeki 70 peratus penduduk di kawasan itu.
“Kaedah rapat dengan rakyat serta cuba menyelesaikan masalah mereka ini tentunya akan dinilai dengan baik ketika hari mengundi nanti,” kata Ahmad dalam satu kenyataan kepada Bernama.
Ahmad berkata sungguhpun Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai nanti, ia tidak akan membawa sebarang perubahan kepada kerajaan negeri Kelantan yang masih diterajui PAS.
“Walaupun begitu, kemenangan BN bakal membawa perubahan kepada rakyat Manik Urai yang pastinya akan dijadikan seumpama anak emas atau seumpama DUN angkat Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN. Pastinya tumpuan seluruh pimpinan BN akan berpusat di Manik Urai jika BN menang di situ,” katanya. - Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:35 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Ahmad Maslan turun padang untuk membawa perubahan kepada rakyat DUN Manik Urai

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]