UMNO kecewa Pas tidak mahu runding

PONTIAN - UMNO kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Pas yang tidak berminat untuk mengadakan sebarang perbincangan mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, keadaan tersebut amat menyedihkan kerana mereka tidak mengambil kira pandangan majoriti yang menyokong usaha yang telah diutarakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, Pas tidak perlu bimbang dengan rakan mereka di dalam pakatan pembangkang kerana parti itu mempunyai kekuatan sendiri di Parlimen dengan 23 kerusi dan menguasai kerajaan Kelantan dan Kedah.
"UMNO memuji langkah yang diambil oleh Presiden Pas dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa kerana telah melihat perpecahan yang berlaku pada hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali hari ini yang menyatakan Pas tidak berminat untuk mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:37 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for UMNO kecewa Pas tidak mahu runding

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]