Satu program sebulan di semua 56 DUN: PINTAS

Intipati PINTAS rampas Selangor KUALA LUMPUR 26 Julai - Jentera penerangan UMNO Selangor diminta supaya mengadakan kempen penerangan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan di setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu bermula Ogos depan.
Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, program itu merupakan sebahagian daripada intipati Program Inisiatif Tawan Selangor (Pintas) yang dilancarkan secara rasmi hari ini dan menjadi satu daripada usaha penerangan untuk merampas kembali Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
“Melalui Pintas, semua jentera penerangan di setiap DUN diminta mengadakan aktiviti penerangan bagi menarik kembali sokongan rakyat. Antara program yang bakal diadakan ialah sesi ceramah umum dan berkelompok, pertandingan syarahan serta kempen memasang banner. “Contohnya, melalui pertandingan syarahan penganjur (penerangan) boleh memilih tajuk-tajuk yang sensasi seperi ’Kerajaan Selangor Zalim' dan `Di Sebalik Kematian Teoh Beng Hock’.
“Ini akan memberi peluang kepada peserta meluahkan pandangan mereka dalam membongkar segala penyelewengan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang di sini hari ini. - Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:16 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Satu program sebulan di semua 56 DUN: PINTAS

  1. keep up YB ! Moga sukses !

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]