Umno Bahagian Diminta Tumpu Empat Perkara Perkasakan Parti

BESUT, 18 Julai (Bernama) -- Umno Bahagian di seluruh negara yang mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing diminta memberi tumpuan kepada empat agenda utama yang disarankan Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak supaya parti itu sentiasa dapat memperbaharui perjuangan dan diperkasakan.Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata empat agenda itu ialah memastikan parti berkenaan berjaya dalam setiap pilihan raya pada masa depan; memperkuatkan parti; menyatupadukan orang Melayu; dan usaha mengukuhkan sokongan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) kepada Umno.Beliau berkata setiap anggota Umno kini perlu berani membuat pembaharuan dalam parti supaya ia menjadi ejen tarikan kepada parti itu untuk terus menerajui BN pada masa depan."Anggota perlu menyedari bahawa Umno kini adalah parti milik semua rakyat dan bukan lagi untuk orang Melayu semata-mata," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Besut di sini hari ini.Umno Bahagian Besut merupakan antara Umno Bahagian yang terawal mengadakan mesyuarat perwakilan, selain Umno Bahagian Pasir Puteh, Kelantan hari ini. Ahmad bagaimanapun berkata Umno Bahagian yang bermesyuarat masih bebas membahaskan agenda mengenai deraf pindaan Perlembagaan Umno dengan membuat apa saja usul yang berkaitan dengannya.Beliau berkata kertas pindaan mengenai pindaan perlembagaan itu kini diuruskan oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan, yang tidak menyekat anggota menyuarakan dan menyampaikan pendapat dalam pindaan perlembagaan itu.Ahmad seterusnya berkata satu perkara baru yang mungkin diamalkan BN dalam pilihan raya akan datang ialah dengan mewujudkan Pusat Operasi Bersepadu (POB) di setiap kawasan pilihan raya kerana ia didapati memberi kesan yang baik kepada BN dalam melancarkan urusan pilihan raya.Katanya berdasarkan kepada apa yang dilaksanakan pada pilihan raya kecil Manik Urai baru-baru ini, POB dilihat berfungsi dengan baik dan menjadi salah satu faktor kepada peningkatan jumlah undi majoriti kepada BN.-- BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:07 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Umno Bahagian Diminta Tumpu Empat Perkara Perkasakan Parti

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]