BN Akan Beri Penerangan Tentang Konsep 1Malaysia

KUALA NERANG 8 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan mengadakan penerangan tentang konsep 1Malaysia kepada rakyat terutama pengundi-pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang bagi membolehkan mereka benar-benar memahami isi kandungannya.Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata penerangan mengenai tiga kandungan konsep itu iaitu penerimaan semua kaum, tidak berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan dan keadilan sosial, akan disampaikan kepada rakyat secara bersemuka sebelum pilihan raya kecil DUN itu dijalankan."Beberapa program telah dirancang di kawasan itu supaya kita dapat menemui pengundi dan menyampaikan mesej BN," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Padang Terap, di sini pada hari Sabtu.Beliau berkata, tempoh berkempen adalah masa terbaik untuk menerangkan kepada pengundi mengenai aspirasi BN itu, walaupun menyedari bahawa DUN Permatang Pasir merupakan kubu kuat pakatan pembangkang."Kita akan pastikan jentera kita akan menembusi setiap kawasan supaya pengundi akan memahami misi dan berasa dekat dengan BN," katanya.Ditanya tentang peluang BN untuk merampas kembali kawasan itu yang kali terakhir dimenangi pada tahun 2004, Maslan berkata, "Tiada yang mustahil dalam politik"."Keyakinan kita bertambah selepas prestasi BN bertambah baik seperti yang ditunjukkan pada pilihan raya kecil Manik Urai baru-baru ini. Oleh itu, saya percaya momentum yang sama dapat diteruskan di Permatang Pasir," katanya.Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63 akibat sakit jantung pada 31 Julai lalu.Pada pilihan raya umum tahun lepas, Mohd Hamdan memperoleh 11,004 undi, menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.-- BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 3:47 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for BN Akan Beri Penerangan Tentang Konsep 1Malaysia

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]