PKR sudah dapat petanda awal ikut jejak Semangat 46
5:08 AM
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) diramal berkubur berikutan semakin ramai pemimpin dan ahli parti itu yang hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, pergolakan dalaman yang berlaku menyebabkan parti itu kelihatan bercelaru, sekali gus memperlihatkan tanda-tanda ia bakal menerima nasib yang sama pernah dialami oleh Semangat 46 (S46).
"Saya meramalkan PKR akan menjadi seperti S46 yang akhirnya berkubur kerana rakyat menerima hakikat bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) benar-benar berjuang untuk agama, bangsa dan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada PKR selepas hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti.
Menurut Ahmad, sebelum ini PKR kehilangan ramai ahli biasa yang kecewa dengan perjuangan berbentuk janji-janji kosong dan kemudian diikuti dengan beberapa pemimpin pentingnya.
"Pemimpin-pemimpin PKR begitu ramai yang keluar parti seperti Ezam Mohd. Nor, Ruslan Kassim, Chandra Muzaffar, Marina Yusof, Zainur Zakaria, Nalla Karuppan dan lain-lain lagi," katanya.
Kini kata beliau, wujud pula tanda-tanda bahawa pemimpin PKR yang berjawatan seperti ADUN Lunas yang mula meninggalkan PKR.
Selain itu, wujud spekulasi bahawa ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah juga akan meninggalkan PKR tidak lama lagi.
Kata beliau, apabila pemimpin-pemimpin berjawatan di peringkat kerajaan negeri mula meninggalkan parti, maka situasi dalaman parti berkenaan sebenarnya berada dalam keadaan yang amat genting.
"Nyata ramai yang sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi PKR," katanya.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shaberry Cheek tidak menolak kemungkinan nasib PKR akan berakhir sebagaimana S46.
"Kalau seorang Exco negeri sanggup keluar parti, maka itu adalah satu perkara yang pelik, ini tanda-tanda PKR akan berpecah lebih awal daripada sejarah parti-parti lain," katanya.
Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan S46 berkata, kewujudan PKR tidak ada asas yang jitu yang boleh dibanggakan.
"S46 lebih kepada intipati untuk mendapatkan legitimasi orang Melayu pada masa itu," katanya.
Malah beliau melihat bukan sekadar PKR akan menjadi lemah dan tumbang, tetapi pakatan pembangkang sendiri akan berpecah-belah tidak lama lagi.
Kata beliau, perpecahan itu boleh datang daripada pelbagai akibat dan salah satunya adalah sikap bongkak Pas sendiri yang sebenarnya tidak gemar untuk berkongsi kuasa dengan sesiapa.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 5:08 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0
Salam,
Tetapi laporan Malaysianinsider.com, khabar-khabar angin menyatakan 10 ADUN UMNO diketuai Rosol Wahid akan menyeertai PKR dan Trengganu akan bertukar Kerajaan, tetapi Harun Taib Ketua Dewan Ulama PAS menghalang.
Pergerusi Perhubungan Negeri Trengganu, Dato Hishammudin jangan membiarkan isu ini berlarutan sehingga yang dikendung berciciran, yang dikejar tak dapat.