Adun Bagan Pinang Dikebumikan

PORT DICKSON, 4 Sept (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang Allahyarham Azman Mohammad Noor, 54, yang meninggal dunia petang tadi, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Bagan Pinang di sini selepas solat Maghrib malam ini.Sebelum itu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Port Dickson.Hampir 300 orang hadir di tanah perkuburan itu, antaranya Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Isa Samad, Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan Mohd Helmi Din dan Anggota Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas.Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban pada pukul 2.30 petang tadi selepas terkena jangkitan dalam darah.-- BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 3:59 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Adun Bagan Pinang Dikebumikan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]