Adun Bagan Pinang meninggal dunia


SEREMBAN: Ahggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang dari Barisan Nasional (BN), Azman Mohammad Noor, 54, meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban di sini jam 2.30 petang ini. Anak lelakinya Hairol Asfani, 22, berkata bapanya meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah. Allahyarham yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang di Port Dickson memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lalu mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi manakala Ramli mendapat 4,097 undi.
DUN Bagan Pinang adalah satu daripada lima DUN di kawasan Parlimen Teluk Kemang. Empat lagi DUN ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson. Ekoran kekosongan kerusi itu, satu pilihan raya kecil dijangka diadakan dalam tempoh 60 hari untuk memilih wakil rakyat baru.
BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. Pada pilihan raya lalu, DAP menang 10 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (4) dan Pas (1). Allahyarham meninggalkan seorang isteri Normah Zainal Abidin, 49, dan lima orang anak iaitu Mohd Khusairi, 23, Hairol Asfani, 22, Norsyazila, 19, Norsyafikah, 16, dan Norsyafitra, 13. Hairol Asfani yang ditemui pemberita di hospital itu berkata bapanya dimasukkan ke hospital jam 3.30 pagi tadi akibat demam dan tidak boleh berjalan.
"Ayah mengadu demam sebelum ini tapi boleh berjalan tetapi lepas berbuka (puasa) petang semalam ayah tidak boleh berjalan," katanya. Beliau berkata semua anggota keluarga berada di sisi bapanya semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 2.30 petang. Hairol Asfani berkata bapanya pernah menjalani pembedahan pintasan koronari, Mei lalu. - Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 3:57 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Adun Bagan Pinang meninggal dunia

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]