Senarai ditentukan Khamis ini

PORT DICKSON 6 Sept. – Penentuan senarai calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan dibuat pada mesyuarat UMNO Bahagian Teluk Kemang, Khamis ini.
Ketua UMNO Bahagian itu, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, nama-nama calon yang terpilih pada mesyuarat berkenaan akan dihantar kepada Badan Perhubungan UMNO negeri, sebelum diserahkan kepada presiden parti.
‘‘Ini adalah amalan biasa yang kita amalkan selama ini. Setakat ini kita belum ada membuat apa-apa keputusan.
‘‘Kita akan mengikut prosedur yang selama ini kita jalankan iaitu dengan membabitkan tiga peringkat sebelum nama calon diputuskan iaitu dari peringkat Bahagian kepada Perhubungan negeri dan akhir sekali kepada Presiden parti,” kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama ahli UMNO Bahagian Teluk Kemang di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya, Azman Mohd. Nor dari BN meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban di sini pukul 2.30 petang Jumaat lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Allahyarham Azman memenangi kerusi DUN Bagan Pinang selepas mendapat 6,430 undi mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.
Parlimen Teluk Kemang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR).
Ketika diminta mengulas adakah beliau sendiri akan disenaraikan sebagai calon, Isa menjelaskan, sebarang keputusan atau memilih siapa calon masih belum ditentukan lagi.
‘‘Dari segi memilih calon, saya rasa BN tidak mempunyai sebarang masalah kerana kita mempunyai ramai calon.
‘‘Bagaimanapun, apa yang lebih penting sekarang ialah untuk kita mula menyusun serta mengerakkan jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil ini,” tegas beliau.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:38 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Senarai ditentukan Khamis ini

  1. Buat pilihan yang tepat...


















    Semalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
    Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan
    ;-)
    >>> Blog 1 Malaysia <<<

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]