UMNO tetap kerja keras kekal kerusi kubu kuat

PORT DICKSON 6 Sept. - UMNO akan tetap bekerja keras bagi menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang walaupun kawasan itu dianggap sebagai kubu Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk meningkatkan jumlah majoriti kemenangan berbanding pencapaian sebelum ini.
''Kita telah menyusun strategi bagi menghadapi pilihan raya kecil itu. Kita tidak mahu terlalu yakin atau bersikap bongkak mahupun riak, sebaliknya terus berusaha mendapatkan keyakinan rakyat,'' ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama ahli UMNO Bahagian Teluk Kemang di sini hari ini.
Hadir sama ialah Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.
Menurut Ahmad, walaupun menang dengan perbezaan majoriti undi yang besar, BN tidak seharusnya berasa selesa.
''Calon BN iaitu Allahyarham Azman Mohd. Nor menang dengan majoriti sebanyak 2,333 undi pada pilihan raya umum tahun lalu tetapi pada pilihan raya 2004, kita menang dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 4,411," ujarnya.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas Azman meninggal dunia akibat jangkitan darah di Hospital Pakar Seremban di sini Jumaat lalu.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:37 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for UMNO tetap kerja keras kekal kerusi kubu kuat

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]