Ibarat satu kapal dua nakhoda

PONTIAN 25 Okt. - Cadangan Muktamar Agung Khas (EGM) oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menunjukkan parti tersebut ibarat sebuah kapal yang diterajui dua nakhoda. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia berkemungkinan berpunca daripada tekanan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang yang telah mendorong Nik Abdul Aziz mengutarakan cadangan tersebut. Katanya, Nik Abdul Aziz tidak boleh mengikuti langkah MCA yang mengadakan EGM baru-baru ini kerana tiada siapa yang bersalah atau melanggar peraturan di dalam parti tersebut ketika ini. Beliau berkata, cadangan tersebut tidak lain bertujuan membersihkan pemimpinnya yang dilihat cenderung kepada cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sebagaimana dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. ''Situasi yang berlaku kepada Pas menunjukkan parti tersebut kini mempunyai dua orang ketua atau pemimpin, Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat. ''Kemungkinan juga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP turut memberikan tekanan memandangkan kedua-dua parti itu tidak menyenangi usul penubuhan kerajaan perpaduan,'' katanya. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian selepas menyampaikan peralatan dan jentera kecil di bawah Program Matching Grant di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Tengah, di sini hari ini.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 5:51 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Ibarat satu kapal dua nakhoda

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]